Khamis, 12 Oktober 2017

FLYER/BROCHURE, RGB&CMYK, VECTOR&RASTER, PERBEZAAN AI/PS/InDesign

Flyer dan brosur merupakan dua daripadanya banyak produk percetakan paling popular. Namun, keberadaan flyer dan brosur sering kali membuat masyarakat awam menjadi bingung. Meskipun memiliki fungsi yang sama, yakni sebagai promosi, sebenarnya brosur dan flyer merupakan dua hal yang berbeza, terutama dalam ukurannya.

Apa itu Flyer?


Flyer adalah lembaran yang tercetak secara tunggal (tidak dilipat) dan digunakan untuk menarik perhatian orang awam terhadap sebuah acara, pelayanan, produk, dan sebagainya. Flyer, atau lebih dikenali sebagai selembaran, pada umumnya hanya dicetak pada satu sisi kertas kerana dirancang khusus sebagai media promosi yang praktis dan dapat dibaca dengan cepat.
Flyer biasanya dibagikan secara manual dari tangan ke tangan kepada orang-orang yang sedang berjalan, baik di pinggir jalan, di dalam sebuah acara, pameran, ataupun tempat umum yang diketahui umum. Oleh sebab dirancang secara khusus oleh pihak media promosi, hanya orang yang tertentu sahaja menyimpan flyer tersebut manakala yang lain akan membuangnya ke tempat sampah. Proses penyebaran dan buang inilah yang akhirnya membuat media promosi kertas menamakannya fly-er atau terbang dan beterbangan.
Secara umum, flyer dicetak menggunakan kertas berukuran A4 atau 21 cm x 29,7 cm atau dengan ukuran kertas yang lebih kecil lainnya seperti A5 (14,8 cm x 21 cm) dan A6 (10,5 cm x 14,8 cm). Kertas yang digunakan pun bukanlah jenis berat mengingat proses promosi flyer yang cukup singkat. 



Apa itu Brosur ?

Brosur memang memiliki spesifikasi yang mirip dengan flyer, namun sebagian besar brosur selalu dicetak pada kedua sisi kertas. Selain itu, biasanya brosur juga berisi lipatan yang terdiri dari beberapa  halaman informasi dari produk yang ditawarkan. Selain flyer, brosur merupakan media yang paling banyak digunakan oleh para pelaku usaha dalam mempromosikan produknya. Media promosi cetak yang satu ini termasuk media yang sangat efektif untuk mempengaruhi konsumen dalam membeli suatu produk.
Jika flyer biasanya berukuran kecil, maka brosur ditawarkan dalam berbagai ukuran. Halaman-halaman brosur pada umumnya terbuat dari kertas yang lebih tebal dan berat apabila dibandingkan dengan flyer. Penyebaran brosur juga tidak semaksimal penyebaran flyer karena biasanya brosur hanya diberikan oleh para salesman, agen penjualan, dan produsen kepada calon pelanggan yang sudah tertarik dengan produk yang ditawarkan.


Di bawah ini saya sertakan hasil yang telah saya disiapkan.

Ok.. seterusnya perbincangan mengenai perbezaan RGB dan CMYK pulak ye..


RGB dan CMYK adalah dua profil warna yang boleh dikatakan paling popular dan sering digunakan dalam industri sekarang. Walaupun perkara ini tidak terlalu dititikberatkan dalam pembangunan laman web, tetapi pengetahuan mengenainya mungkin dapat membantu sesetengah pengguna memahami apakah yang membezakan antara profil warna RGB dan CMYK.
Kedua-dua profil ini amat berguna sekiranya laman web yang digunakan menyediakan fungsi untuk dicetak secara keseluruhan. Kebiasaanya laman web yang menyediakan khidmat tutorial, galeri atau promosi cat. Penggunaan profil yang betul dapat meningkatkan lagi ketepatan profil warna yang bakal dihasilkan.




RGB (Red-Green-Blue)
Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih.
Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang.
Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat. Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan.
Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.


CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black)
Berbeza dengan RGB, CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini.
Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam.
Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat.
Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.
Kesimpulan
Sekiranya anda menghasilkan laman web yang memerlukan pengguna mencetak satu-satu imej, pastikan ianya telah ditukarkan kepada profil CMYK atau sediakan pautan tambahan untuk memuat turun imej dalam model warna tersebut. Ini bagi membolehkan hasil cetakan adalah sama seperti yang dipaparkan dalam skrin monitor anda.


RGB dan CMYK boleh dirumuskan sebagai:


  • RGB digunakan untuk menghasilkan dan memaparkan imej pada skrin manakala CMYK digunakan dalam pencetakan pada kertas atau bentuk media yang lain
  • Kedua-duanya mengunakan konsep yang sama (bilangan piksel atau titik dalam satu ruang persegi); semakin tinggi bilangan piksel, semakin tajam imej yang dihasilkan.
  • RGB adalah model warna tambahan (memancar cahaya pada latar hitam), manakala CMYK adalah model warna penyerap (menyerap cahaya pada latar putih)
  • CMYK menggunakan warna tambahan hitam dalam profilnya berbanding mengabungkan ketiga-tiga warna untuk hasilkan warna hitam
  • Kedua-dua model ini saling bersangkutan, RGB --> CMYK --> RGB.



Hai u alls, bersama kita lagi pada hari ini.. haa hari ini kita akan bincang pasal topik apa itu Raster dan Vector dalam penggunaan Adobe Photoshop dan Illustrator. Vektor dan raster/bitmap adalah gambar yang memiliki sifat, format, ukuran yang berbeza di dalam ruang lingkup grafik. 

Dalam artikel kali ini, dapat dinyatakan pengertian mengenai Vektor dan Raster. Semoga bermanfaat :)



Vektor

Vektor adalah gambar yang terbentuk daripada sejumlah garis. Garis ini tidak akan dapat dilihat dalam pixelnya walaupun pembesaran(zoom) dilakukan. Gambar juga tidak akan pecah atau kabur. Contohnya seperti gambar di bawah.




Software mengolah gambar vektor ini adalah dari CorelDraw, Freehand, Adobe Illustrator. Biasanya penggunaan gambar berasaskan vektor ini adalah untuk kepentingan  percetakkan, logo suatu perniagaan yang memerlukan tahap ketelitian yang sangat tinggi. Namun kekurangan dari gambar vektor ini adalah warna yang tidak sesuai dalam proses pengeditan gambar.



Raster / Bitmap

Gambar Raster / Bitmap merupakan gambar yang terbentuk dari titik - titik atau piksel. Grafis ini tergantung oleh banyaknya piksel sehingga apabila dilakukan zooming / pembesaran, akan terlihat kotak - kotak piksel dari gambar tersebut. Nih contohnya :



Software mengolah gambar berbentuk raster ini adalah dengan menggunakan Adobe Photoshop, Corel Photo Paint, Microsoft Office Picture Manager. Biasanya penggunaan gambar berbentuk raster / bitmap ini adalah untuk pengeditan gambar, penghasilan ilustrasi yang bersifat raster. Proses percetakkan raster ini boleh dilakukan dalam skala besar, namun lebih baik sekiranya menggunakan vektor karena apabila menggunakan raster harus memerlukan penyimpanan data yang lebih besar dibandingkan dengan gambar berbentuk vektor. Kelebihan dari gambar raster ini adalah warna yang natural sehingga sangat dianjurkan dalam pengeditan foto. Satu ukuran grafik jenis bitmap adalah dpi (dot per inch) iaitu banyaknya titik dalam satu inci.

Perbezaan  antara Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan InDesign. 

Adobe photoshop lebih dikenali ramai kerana kehebatan aplikasi ini dalam menyunting gambar. Adobe illustrator pula lebih kepada penciptaan logo dan lukisan illustrasi seperti anima-anime di dalam cerita kartun kanak-kanak. 
Indesign adalah lebih kepada pengeditan di dalam majalahmajalah di mana terdapatnya tulisan yang banyak.


ADOBE PHOTOSHOP

ADOBE ILLUSTRATOR

INDESIGN

Imej Raster ( imej yang ditentukan oleh jumlah pixel)


Mudah menghasilkan logo, lukisan illustrasi, kepala surat dan kad perniagaan.


Digunakan untuk menyunting mukasurat, majalah yang memerlukan perisian Master Layout.


Digunakan untuk mengedit gambar iaitu photo digital, imej video dan lain-lain.


Menggunakan formula matematik.

Tidak boleh menghasilkan gambar mahupun illustrasi.

Mudah untuk menyunting imej


Tidak mempunyai alatan untuk memotong atau menyunting gambar.





SUMBER :





Khamis, 5 Oktober 2017

POSTER dan TEMPAT MENARIK DI JOHOR

PENGERTIAN POSTER


Poster adalah media publikasi yang terdiri daripada tulisan, gambar ataupun gabungan antara keduanya dengan tujuan memberikan maklumat kepada audien. Poster biasanya dipasang ditempat-tempat umum  seperti sekolah, pejabat, pasar raya, pusat membeli-belah dan tempat-tempat keramaian dan lain-lain. Maklumat yang ada pada poster umumnya bersifat pemujukan yang mesra audien. 

CIRI-CIRI DAN SYARAT POSTER

 Ciri-ciri poster:
  • Poster akan diaplikasikan dengan cara ditampal pada dinding, tempat umum atau permukaan datar yang lain dengan sifat menarik perhatian mata audien.
  • Poster dihasilkan dengan perpaduan warna yang kontra.
  • Poster lazimnya mempergunakan bahasa yang singkat, jelas, tidak singkat agar mudah difahami.
Syarat poster:
  • Poster wajib menggunakan bahasa yang mudah difahami.
  • Susunan ayat poster harus ringkas, padat, jelas, dan berisi maklumat.
  • Poster harus menarik minat audien.
  • Media poster harus menggunakan bahan yang tidak mudah rosak.
  • Ukuran poster sebaiknya disesuaikan dengan tempat atau bahan pemasangan serta target pembaca.
  • Kata-kata yang digunakan dalam poster harus efektif, positif, serta mudah diingat.
  • Jenis font sebaiknya adalah jenis yang mudah dibaca dan dengan size yang besar.

TUJUAN POSTER


tujuan poster adalah sebagai media publikasi agar masyarakat boleh membacanya dan melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang ada dalam poster tersebut. Secara khususnya maksud dan tujuan  poster adalah untuk tujuan komersial, mencari perhatian masyarakat, dan sebagainya.

JENIS POSTER


1. Poster Perniagaan adalah poster yang dibuat untuk media komunikasi dalam urusan perniagaan untuk menawarkan suatu barang.
POSTER (Pengertian, Ciri, Tujuan, Jenis, Macam, Gambar)

2. Poster Kegiatan adalah poster yang berisi suatu kegiatan, seperti kegiatan mengenai kesihatan.
POSTER (Pengertian, Ciri, Tujuan, Jenis, Macam, Gambar)

3. Poster Pendidikan adalah poster yang bertujuan untuk mendidik.
POSTER (Pengertian, Ciri, Tujuan, Jenis, Macam, Gambar)

4. Poster Layanan Masyarakat adalah poster kesihatan yang berhubung dengan kesejahteraan masyarakat.
POSTER (Pengertian, Ciri, Tujuan, Jenis, Macam, Gambar)



5. Poster Propaganda adalah poster yang memilik tujuan untuk menyebarkan maklumat.
POSTER (Pengertian, Ciri, Tujuan, Jenis, Macam, Gambar)



CARA MEMBUAT POSTER


1. Tentukan Topik & Tujuan
Menentukan tajuk apa yang ingin disampaikan dalam poster tersebut, sama ada produk kecantikan, kegiatan sosial, atau sebuah film animasi. Kemudian,menentukan poster tersebut adalah untuk promosi atau sebagainya. 

2. Ayat Ringkas dan Padat

Poster biasanya dibaca secara sekilas oleh pengunjung. Oleh
 itu, Ayat yang singkat dibuat supaya boleh dibaca hanya dalam waktu beberapa saat sahaja. Melalui bahasa yang telah diringkaskan maklumat yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik. Seterusnya tidak menggunakan kata-kata yang kasar sehingga penyinggung perasaan audien.

3. Gunakan Gambar

Gambar merupakan alat penyampai maklumat yang paling menarik. 
Gambar dengan warna-warna yang menarik adalah sebaiknya.

4. Gunakan Media yang Tepat
Poster yang akan ditampal pada dinding akan menjadi tarikan orang ramai adalah di pusat membeli belah dan di tempat-tempat awam yang memudahkan orang ramai melihatnya. 


KEISTIMEWAAN NEGERI JOHOR
*  Tanjung Piai , lokasi paling selatan di benua Asia, terletak di negeri Johor. Tempat ini  dalam daerah Pontian. Ada tugu peringatan.  Kena lawat tempat ini. 
*   Menteri Pelajaran dan dua Timbalan Menteri Pelajaran adalah orang Johor. Mereka ialah Tan Sri Muhyidin(Pagoh), YB Dr.  Wee Ka Siong (Air Hitam) dan Dr Puad Zarkashi (Batu Pahat). Makin mantaplah bidang pendidikan di negeri Johor.
*   Beriani Johor memang telah dikenali umum. Banyak restoran beriani Johor  muncul di LemNASI BERIANI: Menjadi kebanggaan Batu Pahat, Lazat dan menyelerakanbah Klang dan bandar lain. Kalau di BP, Beriani Md Shah, Beriani Power dan  Super cukup dikenali. Ada warga Singapura atau KL yang sanggup datang ke Batu Pahat semata-mata nak makan beriani berkenaan.
                                 

*   Pekan Air Hitam dikenali sebagai pekan barangan seramik dan tembikar terkemuka dengan harga yang berpatutan. Macam-macam ada di situ. Bunga telur, pasu dan perhiasan rumah yang lain. Yang nak beli cenderamata perkahwinan atau nak bertunang ramai  berpusu-pusu ke sana.
                                                                                                                   
*   Mi bandung Muar amat dikenali umum. Perencah mi berkenaan semakin laris di luar negeri Johor.  Senang dimasak, apatah lagi dimakan.
*    Parti UMNO ditubuhkan di negeri Johor, iaitu di Istana Johor. Yang Dipertuanya yang  pertama ialah Allahyarham Dato Onn Jaafar. Sehingga sekarang, Johor dianggap tonggak kekuatan UMNO Malaysia
*    Peristiwa Bukit Kepong.  Tindakan ganas gerombolan Komunis yang mengepung  Balai Polis Bukit Kepong dan membunuh insan-insan yang tidak berdosa, telah menjadi sejarah. Kisah ini telah difilemkan oleh Tan Sri Jin Shamsudin dan menjadi simbol penentangan terhadap pihak Komunis, Bintang Tiga dan konco-konconya  di Tanah Melayu.
*Sekolah Agama Johor. Sistem pendidikan agama Johor memang diketahui ramai. Pengurusan dan pelaksanaannya begitu sistematik. Tidak banyak negeri ada sistem sedemikian. Kebannyakannya ada bangunan sendiri. Pendidikan asas agama  disediakan. 
Hari Raya Aidil Fitri dirayakan sebulan. Di  negeri lain, dua tiga hari sahaja, tetapi di Johor penuh dengan sambutan seperti rumah terbuka dan Marhaban sehingga akhir bulan. 
MAULIDUR RASUL
*Sambutan Maulidurasul . Ia disambut meriah dengan ceramah dan jamuan  sepanjang bulan Rabiul Awal, Rabiu Akhir, Jamadil Awal dan Jamadil Akhir. Setiap surau dan masjid membuat sambutan. Memang sambutan yang dinantikan.
 *    Tarian Zapin. Tarian trademark negeri Johor. Tariannya menarik dan semakin popular hingga ke luar negara. Bukan hanya terkenal dalam kalangan orang Melayu, malah terdapat sekolah rendah Cina yang ada kumpulan tarian Zapin.  
*      Bandar Tangkak. Di sini ada begitu banyak kedai kain ela. Dianggap pusat jualan kain terkenal, kalah Nilai 3.

TEMPAT MENARIK DI JOHOR : TEMPAT BERSEJARAH DAN MUZIUM DI JOHOR
Terdapat 5 tempat menarik di johor yang bersejarah seperti :
TEMPAT MENARIK JOHOR
1. Muzium Diraja Abu Bakar – Bangunan berseni bina menakjubkan ini siap pada tahun 1866. Ia ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan turut dikenali sebagai Istana Besar Johor.
Dibina mengikut gaya Renaissance, bangunan ini dibina oleh orang tempatan dibawah seliaan seorang arkitek Eropah. Perabut di dalam istana dibuat di England dan ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dalam tahun 1866.
Istana ini dijadikan Muzium Diraja Abu Bakar dalam tahun 1982. Hari ini, ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri.
Anda boleh saksikan serba-sedikit kehidupan keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta cenderahati yang dipamerkan di muzium. Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Lawati muzium ini hari ini untuk mengetahui perjalanan sejarah keluarga diraja Johor. Muzium dibuka Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
TEMPAT MENARIK JOHOR
2. Muzium Kota Tinggi – Muzium yang dibina pada tahun 1997 dan dibuka kepada umum pada tahun 2002 ini mengimbau semula zaman Kesultanan Johor, yang bermula sejurus selepas kejatuhan empayar Melaka kepada Portugis pada tahun 1511.
Tapak Kota Tinggi telah dipilih sebagai muzium kerana kepentingan sejarahnya sebagai takhta Kesultanan Johor lama.
Ia juga berada di lembah Sungai Johor di mana penulis tersohor Tun Sri Lanang telah menulis di dalam “Sejarah Melayu”, pensejarahan keunggulan Melayu.
Berjalan melalui bangunan dua tingkat ini akan membawa anda melepasi koleksi pameran yang jarang ditemui dari kurun ke-19 sehinggalah sekarang, termasuk tembikar kurun lama, lukisan kanvas yang besar, peralatan muzik purba dan senjata yang dahulunya sebuah keagungan.
Menjejaki sejarah salah sebuah empayar paling berwarna-warni di rantau ini. Muzium ini dibuka setiap Sabtu-Khamis dari jam 9 pagi-4 petang dan ditutup pada hari Jumaat. Kemasukan adalah percuma.
TEMPAT MENARIK JOHOR
3. Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru – jntara tempat yang menarik untuk di kunjungi jika anda berada di Johor Bahru ialah Muzium Warisan Tionghua (Johor Bahru Chinese Heritage Museum). Untuk masuk, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan ditutup pada hari Isnin.
Terletak di Jalan Ibrahim, muzium ini sememangnya amat mudah untuk dikunjungi kerana lokasinya yang terletak di bandar Johor Bahru. Saya sekeluarga berkesempatan untuk melawat muzium ini pada cuti Hari Krismas yang lalu.
Bangunan setinggi 3 tingkat ini menempatkan pelbagai koleksi pameran yang menarik berkaitan sejarah perkembangan masyarkat Cina serta sejarah negeri Johor secaram amnya.

TEMPAT MENARIK JOHOR
4. Muzium Nenas – Terletak di Pontian, Johor dan kira-kira  sejam perjalanan dari Johor Bahru. Di sini pengunjung berpeluang melihat sejarah warisan nenas dan proses penghasilan produk daripada nenas. Selain pelbagai informasi berkaitan dengan sejarah nenas di galeri, anda juga boleh membeli produk yang dibuat dengan nenas di sini seperti jem dan jus nenas.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
5. Bangunan Sultan Ibrahim – Sebuah bangunan yang dibina oleh kolonial British pada tahun 1940 sebagai sebuah pusat pentadbiran. Kini ianya menjadi sati tarikan pelancongan kerana seni bina bangunannya yang sangat klasik dan Inggeris style.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : PANTAI DI JOHOR
Negeri ini mempunyai banyak pulau. Antaranya 8 pulau di johor paling besar iaitu:
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
1. Pantai Desaru – Tempat peranginan di Johor yang popular di kalangan warga JB dan juga Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti main jetski, parasailing dan naik kereta kuda juga turut tersedia.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
2. Pantai Stulang Laut – Pantai rekreasi yang hanya beberapa km dari bandar JB dan sesuai sebagai tempat santai-santai di tepi laut untuk makan malam seafood di restoran-restoran di sekitarnya.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
3. Pantai Lido – Pantai rekreasi yang menjadi tumpuan warga JB untuk bersantai petang-petang melihat keindahan pantai dan matahari terbenam di waktu senja. Dari sini juga anda boleh melihat Singapura di seberang Selat Tebrau.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
4. Teluk Mahkota – pantai yang berteluk dan juga dikenali dengan Jason Bay ini menghadap Laut China Selatan dan tidaklah sepopular seperti Pantai Peranginan Desaru. Sekiranya anda inginkan satu tempat bercuti tepi pantai yang tidak sibuk dengan orang , di sinilah salah satu tempat di Johor. Beberapa penginapan turut ada di sini seperti Tanjung Sutera Resort, Jason Bay Resort dan Mutiara Motor Resort.

TEMPAT MENARIK DI JOHOR : PULAU DI JOHOR
Negeri ini mempunyai banyak pulau. Antaranya 8 pulau di johor paling besar iaitu:
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
pulau sibu
1.Pulau Sibu – Sebuah Pulau kecil yang boleh anda datang bercuti dan melakukan aktiviti riadah air seperti snorkeling atau pun menyelam. Pulau Sibu terdiri daripada beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung Island. Di sini terdapat resort yang boleh anda menginap ketika bercuti nanti.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
2. Pulau Rawa – Sebuah Pulau di Mersing, Johor yang popular dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karang. Destinasi terbaik untuk anda snorkleng dan juga scuba diving. Aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan ialah wind surfing dan berkayak. Terdapat  resort di sini untuk menginap seperti Alang’s Rawa dan Rawa Island Resort.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
3. Pulau Dayang – Sebuah pulau yang terdiri daripada Pulau Aur, Pulau Pinang, Pulau Besar dan Pulau Pemanggi. Di sini merupakan destinasi popular untuk mereka yang nakkan aktiviti scuba diving. Hidupan Marin di sini memang sangat banyak dan mudah untuk menjumpai ikan seperti spesis jerung, paus ataupun ikan pari.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
4. Pulau Aur – Pulaunya lebih besar berbanding pulau bersebelahannya seperti Pulau Dayang ataupun Pulau Pemanggil. Di sini juga ada resort dan destinasi sesuai untuk aktiviti pulau seperti snorkeling dan scuba diving.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
5. Pulau Pemanggil – Selain terkenal dengan aktiviti menarik di pulau, di sini juga terkenal di kalangan pemancing laut dalam. Di tengah-tengah pulau terdapat kawasan berbukit dan berhutan untuk beraktiviti darat seperti jungle tracking ataupun camping. Antara resort paling popular di sini ialah Lanting Beach Resort.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
6. Pulau Kukup – pulau yang hanya 1km jaraknya dari tanah besar Johor dan merupakan pulau yang dipenuhi dengan hutan paya bakau dan spesis-spesis haiwan paya bakau. Pulau Kukup juga merupakan hutan paya bakau antara yang terbesar di dunia yang masih kekal asli. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot di jeti Kukup.
7. Pulau Besar – Pulau yang bersebelahannya terdapat 2 pulau kecil iaitu Pulau Tengah dan Pulau Hujong . Digazetkan sebagai taman marin oleh kerajaan Johor untuk mengekalkan kehidupan marin di sini. Juga popular sebagai tempat penyu (Giant Leatherback) untuk bertelur.
8. Pulau Tengah – Pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Besar dan dikelilingi dengan taman marin yang dipelihara oleh kerajan. Juga merupakan tempat pendaratan penyu bertelur.

TEMPAT MENARIK DI JOHOR : ZOO & TAMAN DI JOHOR
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
1.Zoo Johor – Zoo di Jalan Gertak Merah teletak berdekatan dengan Masjid Abu Bakar dan merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang terancam kepupusan.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
2. Ladang Burung Unta – Tarikan haiwan yang sangat unik berada di Pengarang, Johor yang menempatkan burung-burung unta dan beberapa aktiviti menarik untuk di cuba seperti menunggang burung unta, melihat telur burung unta yang besar , belajar proses penetasan burung unta dan membei makan burung unta. Yang paling best anda berpeluang mencuba telur dadar burung unta dan satey unta  di sini .
3. Taman Buaya teluk Sengat – Sebuah taman buaya di Kota Tinggi yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dan telah beroperasi sejak tahun 1979. Ada beberapa ekor  buaya yang saiznya sangat besar dan berusia hampir 100 tahun .
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
4. UK Agro Resort/ Farm – Sebuah ladang biri-biri dan kambing terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan agro pelancong dan sesuai untuk dikunjungi ketika lawatan sekolah atau untuk pelancong yang ingin lebih mengenali budaya penternakan di malaysia . Di sini juga terdapat resort (http://ukfarm.com.my/index.html) untuk penginapan dan aktiviti menarik yang boleh di lakukan selain tengok kambing / biri-biri ialah memanah , menunggang kuda dan melawat ladang cendawan .
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : MEMBELI BELAH
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
1.City Square JB – sebuah shopping mall yang moden dan menempatkan pelbagai shoplot yang menjual pelbagai barangan dalam pelbagai kategori. Terdapat juga foodcourt di sini yang sering menjadi pilihan waga kota untuk makan-makan.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
2. Komtar JBCC Shopping Complex – Shopping mall atau plaza yang besar dan menempatkan banyak lt kedai , foodcourt yang best . Samaada barang berjenama atau yang biasa-biasa , semuanya ada . plihan restoran yang menyediakan makanan tradisional Johor juga banyak.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
3. Bazaar Johor (Bazaar Karat) – Sebuah pasar malam di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, barangan antik, kasut , stokin, tali pinggang dan macam-macam lagi. Satu tempat menarik di Johor Bahru yang happeningdi waktu malam terutamanya di hujung minggu .
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
sumber google
4. Johor Premium Outlet (JPO) – Satu tempat menarik untuk shopping di Kulai Johor dan bersebelahan dengan highway Utara-Selatan. Shopping mall ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual pakaian berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya . Sering dipenuhi pengunjung terutamanya ketika ada sales.
5. Shopping mall di Johor – KSL City, Holiday Plaza, Plaza Pelangi, Galeri Kotaraya, IOI Mall, Leisure Mall, Plaza Angsana, Perling Mall, Sentosa mall, Sutera Mall, Medini Mall, Skudai parade dan Danga City Mall.

TEMPAT MENARIK DI JOHOR : TARIKAN ALAM SEMULAJADI DI JOHOR
1.Tanjung Piai, Pontian – merupakan tempat paya bakau yanag kaya dengan dengan tumbuhan dan hidupan paya bakau. Disini terdapat platform kayu yang dibina untuk memudahkan pengunjung berjalan kehujungnya di tepi laut. Titik penghujung platform ini merupakan satu kawasan yang paling selatan di Semenanjung Malaysia
2. Air terjun Kota Tinggi – Sebuah air tejun yang boleh dikatakan paling popular bagi warga Johor Bahru dan juga orang Singapura. Menempatkan pelbagai kemudahan asas yang lengkap untuk pengujung serta kolam buatan dan gelongsor air untuk kanak-kanak .
3. Gunung Ledang – Sebuah gunung yang penuh dengan Misteri dan menjadi salah satu destinasi untuk mereka yang suka mendaki. Terletak berhampiran dengan sempadan negei Melaka dan di kaki bukitnya terdapat tarikan pelancongan lain seperti air terjun . kemudahan resort dan kem motivasi .
4. Air Terjun Gunung Ledang – Sebuah air tejun yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan . Untuk ke sini pengunjung perlu ke Gunung Ledang resort sebelum berjalan kaki ke lokasi air terjun .
5. Taman Rekreasi Tasik Y – Sebuah taman rekreasi yang terletak di Batu Pahat untuk riadah bersama keluarga . Terdapat kemudahan seperti laluan jalan kaki berbata , pondok, taman permainan, Replika dinasour dan gerai-gerai makan.
6. Gunung Lambak – Satu destinasi untuk aktiviti mendaki dan jungle trekking di kluang , Johor . Mempunyai beberapa denai yang disediakan khas untuk dan mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai ke puncak .
7. Zenxin Organic Park – Satu taman organik kecil yang menempatkan tubuhan herba dan pokok-pokok buahan seperti buah dragonfruit. Terdapat jugak kolam ikan dan juga sangkar arnab. Sesuai sebagai destinasi Bercuti sambil Belajar untuk anak-anak.
8. Taman Awam Hutan Bandar – Sebuah taman rekreasi di JB yang sesuai untuk aktiviti outdoor bersama keluarga. Antara kemudahan yang ada di sini laman permainan kanak-kanak, pondok berehat, medan selera, tasik, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya .
8. Hutan Lipur Gunung Pulai – Tarikan hutan lipur di Bukit Nenas yang sesuai untuk aktiviti jungle trekking ataupun mendaki. Di atasnya terdapat sebuah air terjun yang cantik dan pengunjung boleh melalui laluan jalan kaki yang tersedia. Sering menjadi tumpuan keluarga untuk beriadah dan mandi air terjun terutamanya di bahagian kaki bukit .
9.Taman Negara Johor Tanjung Pai – merupakan sebuah kawasan paya bakau yang juga mempunyai haiwan seperti monyet, pelbagai spesis burung dan ketam nipah. Terdapat platform jalan kaki bagi memudahkan pengunjung melawat hutan paya bakau di sini .
10. Taman Merdeka – Tempat rekreasi dan jogging warga kota JB di waktu pagi dan petang . Sesuai juga untuk beriadah bersama keluarga dan pemandangan di sini pun cantik terutamnya pada waktu malam kerana ad air pancut berwarna warni di tengah tasiknya.
11. Pantai Air Papan Mersing – pantai peranginan yang cantik yang sesuai utuk mereka yang inginkan percutian tepi pantai. Terdapat beberapa chalet dan resort untuk penginapan seperti Sri Mersing Resort Air Papan, Fishing Bay Resort dan Teluk Godek beach Resort.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : TAMAN TEMA DI JOHOR
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
sumber google
1. Legoland Malaysia Resort – Sebuah resort dan tempat pelancongan di Johor yang paling popular dan terletak di Nusajaya, Johor Bahru.  banyak hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ada juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik dan best-best.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
sumber google
2. Puteri Harbour Indoor Theme Park – Terletak di Nusajaya, JB dan hanya beberapa minit dari Legoland Resort. Merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan Restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place. Satu tempat menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk menghabiskan masa dengan anak-anak sambil makan .
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
sumber google
3. Hello Kitty Town – Salah satu tarikan di dalam Puteri Harbour Indoor Theme park yang lebih sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
sumber google
4. The Little Big Club – Terletak di dalam Puteri Harbour Indoor Theme Park dan hiburan yang ada bersandarkan watak animasi kartun seperti Barney, Bob The Builder, Pingu dan lain-lain.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
sumber google
5. Kuso Trick Art Gallery – Galei yang menempatkan lukisan-lukisan mural3D yang sangat manarik untuk dilawati . Lukisan hidupnya nampak seakan realistik kalau anda pandai mengambil gambar dari sudut dan posisi yang betul.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
sumber google
6. Angry Bird Indoor Theme Park – merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada oktober 2014 dan berada di aras shopping mall komtar JBCC. Antara permainanyanag ada di sana ialah trempolin, foam pit, trek basikal kanak-kanak dan sebagainya .Satu tempat yang manarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
sumber google
7. Dinasour Alive Water Theme Park – Sebuah kolam kecil di KSL Hotel & Resort yang di kelilingi dengan 2 patung replika dinasour dan juga gelongsor air kecil untuk kanak-kanak. Mungkin satu destinasi yang biasa-biasa yang juga boleh anda temui di tempat lain .
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : MERCU TANDA DI JOHOR
1. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar – Masjid yang berusia lebih satu dekad yang terletak di Pantai Lido dan mempunyai senibina yang bercirikan masjid dari Mesir. Satu tarikan pelancongan di Johor yang sesuai untuk mereka yang sukakan sei dan sejarah di Johor.
2. Dataran Penggaram ( Dataran Batu Pahat ) – Sebuah dataran yang terletaknya mercu tanda Daerah Batu Pahat. Kawasannya yang lapang di tengah pekan menjadikan ia sebuah tempat lepak yang ‘happening’ terutamanya pada hujung minggu dan ketika adanya persembahan atau event-event.
3. Masjid Jamek Mersing – satu masjid berwarna biru yang terletak di Mersing dan berhampiran dengan jeti kepulau-pulau di Johor. Lokasinya di ats bukit menawarkan pemandangan yang menarik pekan sekeliling dan juga laut. Sesuai untuk anda singgah untuk solat sementara menuggu feri di jeti.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : LAIN-LAIN
1. Danga Bay – Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat Restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberanf Selat Tebrau. Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman teman yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
2. Desaru Fruit Fram – Ladang di Desaru (http://www.desarufruitfarm.com/) yang sebesar 100 ekar menempatkan pokok buat tropika dan tanaman sayuran lebih dari 100 jenis. Anda juga boleh membeli buah dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.
3. Kluang Coffee Powder Factory – Destinasi untuk mereka yang nak melihat sendiri bagaimana proses membuat kopi dari proses memanggang, mengoreng, grinding dan proses membungkus. Pengunjung juga boleh membeli kopi segar sebagai cenderahati dari Johor.
4. Istana Bukit Serene – Merupakan Istana kediaman Sultan Johor dan dijaga ketat Oleh Johor Militay Force. Walaupun ianya tidak dibuka untuk umum namun seirng menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar istana yang cantik itu . Anda boleh lihat istana ini dari waterfront di Danga Bay.
5. BP Walk (Batu Pahat Walk) – Satu tempat yang menarik di Batu Pahat Johor yang mempunyai banyak cafe dan kedai makan yang meriah pada waktu malam sehingga pagi. bagi warga Batu Pahat, di sinilah port paling best kalau nak tengok siaran perlawanan bola sepak sambil pekena menu makan best di sana iaitu sup, satay dan mee rebus.
6. Puteri Harbour Marina – Merupakan sebuah waterfront yang sangat moden dan juga terdapat pelabuhan yang menempatkan banyak kapal-kapal layar dari seluruh dunia. Sesuai untuk santai-santai mengambil gambar dengan panoramanya yang cantik. Terdapat jugak Club House di mana anda bole minum-minum kopi didalam cafenya.


SUMBER:
https://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/07/09/johor-hebat-kerana/


http://www.adamhomestay.com/tempat-menarik-di-johor-yang-boleh-anda-lawati/
http://www.artikelmateri.com/2016/03/poster-adalah-pengertian-ciri-tujuan-jenis-macam-membuat-gambar.html


Di sini saya sertakan hasil yang telah saya siapkan poster menggunakan adobe photoshop berdasarkan tema tahun melawat Malaysia di negeri sendiri. Negeri saya Johor, negeri anda pula bagaimana.. ;)















STORY BOOK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua, Topik kita pada hari ini ialah mengenai buku cerita. Kami telah ditugaskan untuk menghasilk...