Khamis, 12 Oktober 2017

FLYER/BROCHURE, RGB&CMYK, VECTOR&RASTER, PERBEZAAN AI/PS/InDesign

Flyer dan brosur merupakan dua daripadanya banyak produk percetakan paling popular. Namun, keberadaan flyer dan brosur sering kali membuat masyarakat awam menjadi bingung. Meskipun memiliki fungsi yang sama, yakni sebagai promosi, sebenarnya brosur dan flyer merupakan dua hal yang berbeza, terutama dalam ukurannya.

Apa itu Flyer?


Flyer adalah lembaran yang tercetak secara tunggal (tidak dilipat) dan digunakan untuk menarik perhatian orang awam terhadap sebuah acara, pelayanan, produk, dan sebagainya. Flyer, atau lebih dikenali sebagai selembaran, pada umumnya hanya dicetak pada satu sisi kertas kerana dirancang khusus sebagai media promosi yang praktis dan dapat dibaca dengan cepat.
Flyer biasanya dibagikan secara manual dari tangan ke tangan kepada orang-orang yang sedang berjalan, baik di pinggir jalan, di dalam sebuah acara, pameran, ataupun tempat umum yang diketahui umum. Oleh sebab dirancang secara khusus oleh pihak media promosi, hanya orang yang tertentu sahaja menyimpan flyer tersebut manakala yang lain akan membuangnya ke tempat sampah. Proses penyebaran dan buang inilah yang akhirnya membuat media promosi kertas menamakannya fly-er atau terbang dan beterbangan.
Secara umum, flyer dicetak menggunakan kertas berukuran A4 atau 21 cm x 29,7 cm atau dengan ukuran kertas yang lebih kecil lainnya seperti A5 (14,8 cm x 21 cm) dan A6 (10,5 cm x 14,8 cm). Kertas yang digunakan pun bukanlah jenis berat mengingat proses promosi flyer yang cukup singkat. 



Apa itu Brosur ?

Brosur memang memiliki spesifikasi yang mirip dengan flyer, namun sebagian besar brosur selalu dicetak pada kedua sisi kertas. Selain itu, biasanya brosur juga berisi lipatan yang terdiri dari beberapa  halaman informasi dari produk yang ditawarkan. Selain flyer, brosur merupakan media yang paling banyak digunakan oleh para pelaku usaha dalam mempromosikan produknya. Media promosi cetak yang satu ini termasuk media yang sangat efektif untuk mempengaruhi konsumen dalam membeli suatu produk.
Jika flyer biasanya berukuran kecil, maka brosur ditawarkan dalam berbagai ukuran. Halaman-halaman brosur pada umumnya terbuat dari kertas yang lebih tebal dan berat apabila dibandingkan dengan flyer. Penyebaran brosur juga tidak semaksimal penyebaran flyer karena biasanya brosur hanya diberikan oleh para salesman, agen penjualan, dan produsen kepada calon pelanggan yang sudah tertarik dengan produk yang ditawarkan.


Di bawah ini saya sertakan hasil yang telah saya disiapkan.

Ok.. seterusnya perbincangan mengenai perbezaan RGB dan CMYK pulak ye..


RGB dan CMYK adalah dua profil warna yang boleh dikatakan paling popular dan sering digunakan dalam industri sekarang. Walaupun perkara ini tidak terlalu dititikberatkan dalam pembangunan laman web, tetapi pengetahuan mengenainya mungkin dapat membantu sesetengah pengguna memahami apakah yang membezakan antara profil warna RGB dan CMYK.
Kedua-dua profil ini amat berguna sekiranya laman web yang digunakan menyediakan fungsi untuk dicetak secara keseluruhan. Kebiasaanya laman web yang menyediakan khidmat tutorial, galeri atau promosi cat. Penggunaan profil yang betul dapat meningkatkan lagi ketepatan profil warna yang bakal dihasilkan.




RGB (Red-Green-Blue)
Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih.
Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang.
Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat. Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan.
Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.


CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black)
Berbeza dengan RGB, CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini.
Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam.
Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat.
Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.
Kesimpulan
Sekiranya anda menghasilkan laman web yang memerlukan pengguna mencetak satu-satu imej, pastikan ianya telah ditukarkan kepada profil CMYK atau sediakan pautan tambahan untuk memuat turun imej dalam model warna tersebut. Ini bagi membolehkan hasil cetakan adalah sama seperti yang dipaparkan dalam skrin monitor anda.


RGB dan CMYK boleh dirumuskan sebagai:


  • RGB digunakan untuk menghasilkan dan memaparkan imej pada skrin manakala CMYK digunakan dalam pencetakan pada kertas atau bentuk media yang lain
  • Kedua-duanya mengunakan konsep yang sama (bilangan piksel atau titik dalam satu ruang persegi); semakin tinggi bilangan piksel, semakin tajam imej yang dihasilkan.
  • RGB adalah model warna tambahan (memancar cahaya pada latar hitam), manakala CMYK adalah model warna penyerap (menyerap cahaya pada latar putih)
  • CMYK menggunakan warna tambahan hitam dalam profilnya berbanding mengabungkan ketiga-tiga warna untuk hasilkan warna hitam
  • Kedua-dua model ini saling bersangkutan, RGB --> CMYK --> RGB.



Hai u alls, bersama kita lagi pada hari ini.. haa hari ini kita akan bincang pasal topik apa itu Raster dan Vector dalam penggunaan Adobe Photoshop dan Illustrator. Vektor dan raster/bitmap adalah gambar yang memiliki sifat, format, ukuran yang berbeza di dalam ruang lingkup grafik. 

Dalam artikel kali ini, dapat dinyatakan pengertian mengenai Vektor dan Raster. Semoga bermanfaat :)



Vektor

Vektor adalah gambar yang terbentuk daripada sejumlah garis. Garis ini tidak akan dapat dilihat dalam pixelnya walaupun pembesaran(zoom) dilakukan. Gambar juga tidak akan pecah atau kabur. Contohnya seperti gambar di bawah.




Software mengolah gambar vektor ini adalah dari CorelDraw, Freehand, Adobe Illustrator. Biasanya penggunaan gambar berasaskan vektor ini adalah untuk kepentingan  percetakkan, logo suatu perniagaan yang memerlukan tahap ketelitian yang sangat tinggi. Namun kekurangan dari gambar vektor ini adalah warna yang tidak sesuai dalam proses pengeditan gambar.



Raster / Bitmap

Gambar Raster / Bitmap merupakan gambar yang terbentuk dari titik - titik atau piksel. Grafis ini tergantung oleh banyaknya piksel sehingga apabila dilakukan zooming / pembesaran, akan terlihat kotak - kotak piksel dari gambar tersebut. Nih contohnya :



Software mengolah gambar berbentuk raster ini adalah dengan menggunakan Adobe Photoshop, Corel Photo Paint, Microsoft Office Picture Manager. Biasanya penggunaan gambar berbentuk raster / bitmap ini adalah untuk pengeditan gambar, penghasilan ilustrasi yang bersifat raster. Proses percetakkan raster ini boleh dilakukan dalam skala besar, namun lebih baik sekiranya menggunakan vektor karena apabila menggunakan raster harus memerlukan penyimpanan data yang lebih besar dibandingkan dengan gambar berbentuk vektor. Kelebihan dari gambar raster ini adalah warna yang natural sehingga sangat dianjurkan dalam pengeditan foto. Satu ukuran grafik jenis bitmap adalah dpi (dot per inch) iaitu banyaknya titik dalam satu inci.

Perbezaan  antara Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan InDesign. 

Adobe photoshop lebih dikenali ramai kerana kehebatan aplikasi ini dalam menyunting gambar. Adobe illustrator pula lebih kepada penciptaan logo dan lukisan illustrasi seperti anima-anime di dalam cerita kartun kanak-kanak. 
Indesign adalah lebih kepada pengeditan di dalam majalahmajalah di mana terdapatnya tulisan yang banyak.


ADOBE PHOTOSHOP

ADOBE ILLUSTRATOR

INDESIGN

Imej Raster ( imej yang ditentukan oleh jumlah pixel)


Mudah menghasilkan logo, lukisan illustrasi, kepala surat dan kad perniagaan.


Digunakan untuk menyunting mukasurat, majalah yang memerlukan perisian Master Layout.


Digunakan untuk mengedit gambar iaitu photo digital, imej video dan lain-lain.


Menggunakan formula matematik.

Tidak boleh menghasilkan gambar mahupun illustrasi.

Mudah untuk menyunting imej


Tidak mempunyai alatan untuk memotong atau menyunting gambar.





SUMBER :





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

STORY BOOK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua, Topik kita pada hari ini ialah mengenai buku cerita. Kami telah ditugaskan untuk menghasilk...