Khamis, 21 September 2017

MAKNA GRAFIK, PERKAITAN ANTARA GRAFIK DENGAN SENI, TIPOGRAFI

PENGERTIAN GRAFIK

  • Grafik ialah penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau atau sukar diterangkan oleh teks. Grafik mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci. dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

    Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer. Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan atau ataupun yang lebih kompleks seperti yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.

KEPENTINGAN GRAFIK

  • Paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuattu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang sesuatu konsep.


JENIS-JENIS GRAFIK




  • Gambar Foto : Paparan imej yang paling menyerupai keadaan sebenar.



  • Lukisan : Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf.


  • Kartun : Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya tersendiri.



Perisian-perisian grafik : -Paint Brush, Adobe Photoshop dan Illustrator, Corel Draw, Painter 3D,                                               Autocard dan sebagainya.


PERKAITAN ANTARA REKA BENTUK GRAFIK DENGAN SENI

  • Perkaitan antara reka bentuk grafik dengan seni sebenarnya saling memerlukan kerana ia salin berkait. Hal ini demikian kerana, di dalam seni terdapatnya pelajaran mengenai reka bentuk grafik, begitu juga dengan reka bentuk grafik tersebut. Keduanya adalah saling memerlukan antara satu sama lain di dalam pembelajaran. Reka bentuk grafik adalah di bawah bidang komunikasi visual di mana aktiviti yang melibatkan tipografi dan visual bertujuan sebagai alat komunikasi, penyampai maklumat, nasihat, pemujukan, propaganda, dan lain-lain. Bidang yang terdapat di dalam grafik adalah seperti poster, logo, kulit buku, sepanduk, pembungkusan dan lain-lain. 

TIPOGRAFI




  • Seni memilih dan mengatur huruf atau muka taip. Rekaan grafik kebanyakannya menggunakan muka taip. Sebagai contoh, poster, illustrasi, risalah, iklan, papan tanda dan sebagainya. Pemilihan dan penyusunan muka taip adalah penting agar ia kelihatan harmoni dan mempunyai kesan visual yang ditetapkan.


SUMBER: 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

STORY BOOK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua, Topik kita pada hari ini ialah mengenai buku cerita. Kami telah ditugaskan untuk menghasilk...