Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ni saya nak kongsi tentang Trip ke Gunung Lang itu hari.. huhuhu seronok.. sambil kita berseronok, sebenarnya ini tugasan ye. Bukan jalan-jalan sekadar suka-suka. Ambil ilmu dalam bidang photographer. ;)
Dengan
peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui
fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah
Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara.
Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga
taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).
Datuk Bandar Ipoh,
Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, projek berkenaan akan diteruskan bagi
menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke taman terbabit
yang dibuka sejak lima tahun lalu. Peruntukan sebanyak RM5 juta akan
dikemukakan kepada kerajaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan lain di taman
rekreasi itu seperti tapak perkhemahan, tandas awam, dapur dan dewan serba
guna.
Keindahan landskap
Taman
ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi
dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf
terapung, pergola, gerbang warisan, tandas dan surau.
Himpunan heliconia
Fasa
kedua taman ini menghimpunkan puluhan spesies Heliconia atau yang dikenali
sebagai `sepit udang' untuk menjadikannya taman terbesar yang pernah
menghimpunkan spesies heliconia di Malaysia.
Kebanyakan
spesies bunga ini sukar didapati dan hanya tumbuh meliar di tengah hutan di
luar negara.Spesies ini dijadikan tanaman hiasan kerana keunikannya yang
pelbagai jenis dan mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk yang mampu menarik
minat terutama penggemar tanaman hiasan ini.
Spesies
heliconia yang terdapat di sini :
Heliconia
Caribea Gold (keemasan)
Rostrata
Ruiz and Pavon (merah)
Psittacorum
Sassy (jingga)
Psittacorum
Rubra (kuning)
Spectabilis
India Lamarck (merah jambu)
Angusta
Vellozo Red Christmas (putih kemerahan).
Anda
boleh menyelidiki spesies pisang hutan yang sukar didapati dan tidak pernah
dilihat di tempat lain , antaranya :
Musa
Laverder Pink
Lasiocarpo
Sumatrana
Coccina.
Jenis
pisang hutan turut ditanam dengan pelbagai jenis dan saiz yang mana kebanyakan
spesies pisang hutan ini lebih kecil saiznya berbanding pokok pisang biasa.
Manakala
jenis daunnya pula bersaiz kecil, berlainan warna seperti warna kemerahan dan
jantung pisang berwarna merah jambu, merah hati dan yang paling uniknya
berwarna kuning.
Tapak perkhemahan
Taman
Rekreasi Gunung Lang turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap
dan tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan khas ini boleh memuatkan sehingga 600
pengunjung pada suatu tempoh masa bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk
kem motivasi, hari keluarga dan perkhemahan keluarga.
Ok seterusnya kami pergi ke 3 tempat iaitu Taman Dr, Taman Jepun, dan Gua Kek Long Tong.