Jumaat, 22 Disember 2017

TRIP KE GUNUNG LANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni saya nak kongsi tentang Trip ke Gunung Lang itu hari.. huhuhu seronok.. sambil kita berseronok, sebenarnya ini tugasan ye. Bukan jalan-jalan sekadar suka-suka. Ambil ilmu dalam bidang photographer. ;)




Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri PerakMalaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh(MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelahlampamkap, dan tilapia.[1]
Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, projek berkenaan akan diteruskan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke taman terbabit yang dibuka sejak lima tahun lalu. Peruntukan sebanyak RM5 juta akan dikemukakan kepada kerajaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan lain di taman rekreasi itu seperti tapak perkhemahan, tandas awam, dapur dan dewan serba guna.





Keindahan landskap
Taman ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola, gerbang warisan, tandas dan surau.
Pulau yang kelihatan menghijau dari jauh, sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri di mana ia menghimpunkan pelbagai spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).

Himpunan heliconia
Fasa kedua taman ini menghimpunkan puluhan spesies Heliconia atau yang dikenali sebagai `sepit udang' untuk menjadikannya taman terbesar yang pernah menghimpunkan spesies heliconia di Malaysia.
Kebanyakan spesies bunga ini sukar didapati dan hanya tumbuh meliar di tengah hutan di luar negara.Spesies ini dijadikan tanaman hiasan kerana keunikannya yang pelbagai jenis dan mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk yang mampu menarik minat terutama penggemar tanaman hiasan ini.
Spesies heliconia yang terdapat di sini :
Heliconia Caribea Gold (keemasan)
Rostrata Ruiz and Pavon (merah)
Psittacorum Sassy (jingga)
Psittacorum Rubra (kuning)
Spectabilis India Lamarck (merah jambu)
Angusta Vellozo Red Christmas (putih kemerahan).
Anda boleh menyelidiki spesies pisang hutan yang sukar didapati dan tidak pernah dilihat di tempat lain , antaranya :
Musa Laverder Pink
Lasiocarpo
Sumatrana
Coccina.
Jenis pisang hutan turut ditanam dengan pelbagai jenis dan saiz yang mana kebanyakan spesies pisang hutan ini lebih kecil saiznya berbanding pokok pisang biasa.
Manakala jenis daunnya pula bersaiz kecil, berlainan warna seperti warna kemerahan dan jantung pisang berwarna merah jambu, merah hati dan yang paling uniknya berwarna kuning.

Tapak perkhemahan
Taman Rekreasi Gunung Lang turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan khas ini boleh memuatkan sehingga 600 pengunjung pada suatu tempoh masa bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kem motivasi, hari keluarga dan perkhemahan keluarga.

Ok seterusnya kami pergi ke 3 tempat iaitu Taman Dr, Taman Jepun, dan Gua Kek Long Tong.


















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

STORY BOOK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua, Topik kita pada hari ini ialah mengenai buku cerita. Kami telah ditugaskan untuk menghasilk...